Fuh selesai juga buat
MGTT(Modified Glucose Tolerence Test) ,atau glemer dikalangan ibu mengandung
sebagai minum air gula.Sepatutnya 28/12/2014 lagi ida kena minum ,tetapi
disebabkan banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini ditunda kepada
tarikh yang baru.Mana tidaknya hampir pinggang air naik di kawasan klinik
kesihatan nie.Memandangkan air yang naik adalah air selut,memakan masalah untuk
dibersihkan .
Ida pergi semalam
klinik nie dah bersih macam sebelumnya,Cuma susun atur dah tidak macam dulu
memandangkan banyak kerusi yang dah kotor dan lain-lain.
Semoga semua mangsa
banjir di pantai timur dimudahkan urusan..(
- _-).
Berbalik pada kisah air
gula tadi….
Ida kena buat ujian air
gula kali ini disebabkan berat naik mendadak,lepas jer trimester 1 ,selera
makan naik mendadak,tambahan pula suami turun naik darat senang hatilah sikit
,semua permintaan dilayan..hihi.
Trimester 1 Ida agak
teruklah juga walau tidak muntah ,selera makan hilang ,berat badan dari 54 kg turun
48kg,rambut pun gugur ,mungkin kerana kekurangan nutrisi yang seimbang.First
time alami rambut luruh dengan banyak….debar..suami pun tegur takutlah sakit
pape.
Masuk trimester ke-2
.Selera makan bertambah-tambah dan supplement pun baru boleh ditelan.Sebelum
nie masuk apa-apa pun mesti rasa loya nak tolak keluar.Cuma sekarang minum air
walaupun cukup 2 liter tapi sedikit demi sedikit,bahaya kurang air tika
mengandung nie ditakuti boleh pula kencing kotor.
Ujian ini memang wajib
diambil 2 kali sepanjang kehamilan setakat ida tahu untuk ibu hamil yang
berumur 25 tahun ke atas.Di awal trimester dan juga di trimester ke-2.
Andai ada sejarah keluarga kencing manis pun kena buat dan juga berat badan naik
mendadak juga kena buat
Tujuannya untu kenalpasti kencing manis tika mengandung kerana berbahaya untuk kandungan,dikhuatiri
bayi berisiko mengalami kecatatan…nauzubillah,oleh itu gula dalam darah akan
harus dikawal segera.
Selain itu, kelahiran
perlu disegerakan dua minggu lebih awal bagi mengelak komplikasi seperti bayi
terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak
berfungsi..Ni saya petik dari blog dr zubaidi.
Last appointment yang
lepas nurse dah siap-siap pesan suh puasa bermula dari pukul 10 malam lagi hari
sebelum buat MGTT .
Balik dari klinik
kesihatan ,terus godek-godek tips minum air gula.Rata-rata bagi feedback
negetif .Cuak pula .Apatah lagi duk baca-baca tue katanya klinik kerajaan biasanya
tiada perisa ,plain macam tu jer warnanya,loya terus tekak.
Pergi semalam .Alhamdulillah
klinik kesihatan ini air gula ada perisa oren.Fuh ..lega.
Prosedur Minum Air Gula
1-Berpuasa ,tanpa makan
dan minum bermula dari pukul 10 malam sehingga selesai ujian MGTT.Lamanya..risau
tidak boleh tahan jadi hari sebelum ujian tu ida makan sarapan lewat tuk
biasakan diri esoknya.Yer lah sepanjang mengandung tidak pernah skip lagi
sarapan,lapar jer kerjanya.
2-Ambil giliran dan
darah .Untuk dibuat perbandingan sebelum dan juga selepas ujian MGTT.
3- Nurse panggil minum
air gula.Kali ini agak ramai,kata nurse cover balik appointment yang banjir
hari tu.Syukur perisa oren.
Tip dia minum dengan
sekali teguk jer.Kalau berhenti takut dah tak boleh masuk.Boleh tahan juga rasa
manisnya.Terus Ida minum air masak seteguk dan bilas air gula kat mulut nak
elak muntah,kang tidak pasal-pasal kena minum sekali lagi..haru.Tapi jangan
tunjuk depan nurse pula minum air masak tue..(~_^).
Untuk yang tiada perisa ,minum tika hangat/ suam takut dah sejuk likat pula.
4- Selepas 2 jam kena
ambil darah sekali lagi.
Bacaan gula yang normal
semasa berpuasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas dua jam bacaan
gula perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter.Result akan dibagitahu di next
checkup.
Disebabkan tunggu ambil
masa lama untuk ambil darah kali kedua,ida terus gi buat checkup untuk bln
1.Alahamdulillah hb masih maintain 11.7 dan lain-lain ok.
Mungkin setengah orang
akan pening-pening .
Siap... dah boleh balik!Oklah ,nanti Ida
bercerita lagi untuk next checkup.