Pages

Pengalaman psioriasis : Psioriasis boleh dikawal

Pengalaman psioriasis : Psioriasis boleh dikawal


Hi! Malam ni akak nak bercerita sikit tentang penyakit psioriasis.Harapnye membantu rakan- rakan senasib akak.

Siyes sikit akak tulis tuk posting kali ni.

Oke, sebelum  apa2 rawatan ambil untuk prisioriasis baiknya kita mengetahui :

+Apa itu prisioriasis?
+Bagaimana  prisioriasis terjadi?
+Faktor terjadi prisioriasis?
+Kawasan biasa dia timbul?

Prisioriasis
-----------
Ia  satu keadaan kulit meradang yang sering berlaku yang dialami oleh 1% – 2% penduduk. 

Psioriasis  berpunca daripada pertumbuhan sel-sel abnormal kulit dan ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) apabila kadar pembahagiannya melebihi kadar penanggalan sel kulit mati.

Pada seorang individu yang sihat, kadar proses penggantian sel-sel kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28-30 hari.

Manakala sel-sel kulit pesakit psoriasis pula akan membahagia lebih cepat kerana kecelaruan sistem imun badan yang menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran dalam 3-7 hari sahaja.

Sel-sel kulit mati yang berlebihan ini akan menimbun lalu membentuk sisik putih yang tebal pada tompokan timbul berwarna kemerahan. 

Kemudian ia akan menjadi gatal dan penyakit ini boleh memberi kesan kepada kuku, jari tangan dan kaki serta menyebabkannya berlekuk.

Biasanya kulit penghidap psoriasis akan menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagaian berkenaan akan menebal dan mengeras. Adakalanya tompokan sel yang mati ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin.

Bagaimanapun, penyakit yang dicirikan dengan kulit kering dan mengelupas ini menyebabkan ia kelihatan hodoh sehingga para pesakit merasa malu dan rendah diri.

Kawasan yang biasa prisioriasis timbul
---------------------------------------
 Mana-mana bahagian badan boleh mengalami. Antara bahagian anggota badan yang bias dijangkiti psoriasis  ialah siku, lutut, belakang dan kulit kepala.
Psoriasis TIDAK BERJANGKIT  dan tidak boleh merebak kepada 0rang lain. la tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah. 

Pesan akak, jangan salah faham apabila melihat seseorang yang kulitnya menggerutu atau menebal. Jangan pula rasa risau atau jijik kerana mungkin orang yang anda lihat menderita sakit psoriasis. 

Penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit yang boleh anda dapat apabila membuat sentuhan dengan mereka.

Jenis- jenis psioriasis 
--------------------

1-PSORIASIS PLAK, yang meliputi 80 hingga 90 peratus kes. Biasanya berlaku pada bahagian kulit kepala, lutut, siku dan bawah belakang yang kelihatan berkerak serta kemerahan.

Plak berbentuk kemerahan pada kulit yang dilitupi sisik putih perak. Sisik itu sebenarnya gumpalan sel kulit yang telah mati.

Di bahagian kepala, ia berbentuk kelemumur teruk dan boleh bertukar menjadi tompokan bersisik tebal atau dikenali sebagai psoriasis kulit kepala.

2-PSORIASIS GUTATE, yang biasanya menjangkiti di kalangan kanak-kanak dan orang yang lebih muda, bertompok kecil seperti air hujan pada anggota badan.

Psoriasis guttate berlaku dalam bentuk bertompok. Kadang-kadang ia juga terjadi dalam bentuk bintik kecil dan bersisik. Guttate sering berlaku pada badan, lengan dan kaki.

3-PSORISIS PUSTULAR, yang biasanya mempunyai cirri-ciri gelembung yang mengandungi nanah.

Antara PUNCA psioriasis terjadi
-----------------

* Alah kepada beberapa jenis ubatan kimia
*Stress 
*Cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
*Peminum  arak tegar

Namun, pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim antara suami isteri. Begitu juga untuk ibu hamil, anak di dalam kandungan tidak akan mendapat apa-apa kesan  hanya kerana ibunya mengidap psoriasis.

Untuk rakan- rakan senasib akak 
Never Give Up!

Seperti mana pesakit psoriasis yang lain .
Akak juga  hampir putus asa sebelum ini
Pesakit psoriasis je tahu macammana rasa perasaan

Yakin lah 

Setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Paling penting ELAKKAN STRESS.
STRESS punca utama penyakit bertambah teruk

Kelembapan kulit perlu diberi perhatian.Kalau dioerhati semakin kering kulit , semakin teruk Psioriasis keluar.

Biasanya  kulit kita mudah kering bila berada di dalam ekon & mandi menggunakan air panas , nak- nak lagi bila kurang minum air masak.

Vitamin c juga vitamin wajib untuk mengawal Psioriasis bagi akak.

Ia mampu mengurangkan kuping & merah yang seakan luka di kulit tempat keluarnya psioriasis

Badan memerlukan  Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat.Vitamin C juga meningkatkan keanjalan kulit pengamalnya

Vitamin c  membantu penghasilan kolegen.Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Bagi rakan - rakan yang Psoriais agak kronik sila tinggalkan pemakanan sea food (makanan laut) atau ikan yang tidak mempunyai sisik, seperti sotong, ketam, kerang, siput, ikan keli, ikan sembilang, pari, ikan duri, belut dan seumpamanya.

 Kerana ikan-ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan buangan termasuk toksik-toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti cancer (barah).

Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit Psoriasis, bererti memparahkan lagi keadaan sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula, ikan yang tidak mempunyai sisik mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah S.W.T. menciptakan sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.

Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang bersisik dan boleh dimakan walaupun sisiknya kecil dan sedikit.

Sebenarnya, ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis ‘kadmium’ yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati dan buah pinggang.

Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekuraangan kalsium dan zat besi.

Tuelah jea kot info tuk kali ni. Nanti akak kongsikan lagi bila ada masa

   

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com