Salam Ramadan.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hari yang -3.Semoga ramadan kali ini lebih baik dari tahun- tahun yang sebelumnya.Amin.
Semalam eida berbuka dengan nasi arab.Ajak semua adik beradik makan.Dalam 6 orang je, yang tinggal dekat dengan rumah.Banyak gak lebih bagi adik beradik buat balik untuk sahur.
Resepi 1 Guna Periuk Tekanan Noxxa
==========================
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1:Bahan untuk Nasi
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1 kg beras basmati
1 ekor ayam ( perap dulu)
1 biji bawang holland(hiris)
3 sudu tomato puri( tomato pun bulih)
3 sudu rempah arab
3 sudu besar minyak sapi
Garam sikit
Daun pandan
P/s:Kalau guna beras basmati jumlah air sama dengan jumlah nasi.
P/s2:Minyak sapi boleh tukar dengan mentega & sedikit minyak
Caranya :
Dengan panaskan periuk noxxa dengan mode stir fry.Masukkan 3 sudu besar minyak sapi,tomato puri dan juga rempah arab.
Bila naik bau offkan dan masukkan nasi,air,garam sedikit ,daun pandan & gaulkan.
Letakkan ayam di atas nasi dan guna mood high pressure selama 25 minit.Ejas kedudukan tombol atas ke mode pressure yea!
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
2:Bahan Sambal
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
1 biji bawang besar merah
1 biji tomato
1 1/2 lemon
6 tangkai cili hijau
2 tangkai cili merah
6 biji cili padi
2 batang ketumbar
Garam (1 sudu besar)
Gula (5 sudu besar)
Air stgh dari bahan,ikut cita rasa masing2.
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
3:Bahan Salsa tomato
⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅⋅
7-8 sudu tomato(Potong dadu)
1 ulas bawang besar
Timun batang
Lobak merah
Garam
Gula
Resepi 2 Guna rice cooker
===================
Bahan nasi sama cuma eida suka masakkan asingkan dengan ayam.
Cara masak nasi:
Dalam kuali panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang dan juga rempah nasi arab.
Bila naik bau masukkan dalam rice cooker gaulkan dengan beras & masak macam biasa.
Cara masak ayam:
Ayam yang diperap dengan rempah nasi arab & garam.Letak gula pun ok sikit.Atas citarasa masing2.Masakkan dalam pemanggang ajaib.
Kalau ada pressure cooker noxxa. Ayam.yang diperap tadi guma mood high pressure 7 minit.Offkan, angkat tombol & keluarkan wap.
Done.
Bukan susah pun.Banyak versi eida belajar.Cuma yang ni basic.Penting sedap kan😉.
Dah try komen yea!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah