Pages

Buku Pink  Klinik kesihatan

Buku Pink Klinik kesihatan




"Buku pink"

Pasti yang bakal menjadi ibu familiar tentang buku pink ini kerana ia menjadi salah satu prosedur bila seorang wanita itu hamil.

Sekiranya buka di klinik swasta buku biru kalau tidak silap saya .Andai buka di klinik swasta eloklah buka buku pink juga di klinik kerajaan .Bukan apa.. takut klinik kerajaan layan acuh tidak acuh bila kita rujuk pada mereka andai ada masalah tentang kandungan.Jadi ,nak selamat buka buku pink dan buat pemeriksaan bulan-bulan di klinik swasta .Itulah pesan-pesan kawan saya.

Saya lebih suka buat kat klinik kerajaan kerana diorang lebih teliti,,..dan jimat duit.

Syukurlah walaupun saya buka lewat tidaklah kena marah..yerlah kandungan dah 16 minggu..hihi..mungkin sebab ibu  sihat kot dan juga orang tidak ramai lagi..siap borak-borak lagi dengan nurse.

Disebabkan dah masuk 16 minggu dan baru buka buku pink lamalah sikit ambik masa .Dalam tiga jam juga ,tupun sebab datang awal ,sebelum pukul 8 pagi.Untuk yang baru nak buka survey dulu klinik kerajaan tersebut sebab setengah klinik kena buat appoinment dulu dan lebih baik buka di tempat yang kita nak lahirkan baby sebab mudah untuk nurse pergi tengok bila anak lahir nanti.Tapi kalau buka kat luar kawasan kita pun boleh nanti nak lahirkan maklumkan kepada nurse .

Bawa salinan i/c kita dan suami ,dan juga salinan kad kawin.Suami pun kena ikot sebab kena ambil darah untuk buat HIV test.Suami saya tak dapat datang kali ini kerana offshore jadi nurse suh datang lain kali ,katanya tidak perlu buat appoinment ,datang lain kali cakap kat kaunter nak buat HIV test untuk suami.

Jakun juga lah saya masa mula-mula masuk ke klinik tue,tapi ok lah sikit sebab ada tanya kawan-kawan tapi macam-macam versi pula bila tanya orang nie ..comfius pula..last sekali wat research kat blog-blog..hihi.

Sebelum datang saya dah buat appoinment , jadi terus ke kaunter ambil nombor dan cakap dekat nurse nak buat buku pink.

Ada 5 check point yang mesti  lalui  .

Pertama; Nurse akan ambil berat dan tinggi kita dan juga tekanan darah.

Kedua;Kena buat ujian darah untuk Hiv dan talesemia,debar sungguh bab ambik darah nie ..alhamdulillah takde pape ,cucuk terus dapat.Nurse ambik kat lengan.Bila siap,nurse minta bawa sekali sempel darah tadi ke makmal.

Ketiga;Di makmal check air kencing untuk kesan ada protein atau tidak.Setiap kali buat pemeriksaan memang kena buat.Sekejap jer tidak sampai 10 minit pun. 

Keempat; Nurse akan periksa payudara dan ajar cara periksa sendiri  dibimbangkan ada ketulan ,biasanya tika mengandung inilah boleh kesan kerana ia turut membesar.Adalah juga dia tekan perut dan tanya kalau ada urat-urat timbul atau kaki bengkak.Sambil-sambil tue nurse interviu lah sikit untuk kemas buku pink kita tentang latar belakang kesihatan keluarga sebelum jumpa doktor dan bagi nasihat kesihatan .Dia tanya juga kalau kita ada ambil apa-apa supplement atau ubat.

Kelima ; Jumpa doktor dan scan .Debar dan suka bila tengok degupan jantung anak.Allahuakbar,tak sangka pun ada sebab perut kecil lagi. Doktor adalah tanya kenapa buat lewat..hihi..dia tanya juga takde rasa gerak-gerak ke sebab perut kecil,tahlah..takde pegalaman lagi kalu rasa pun ingatkan benda lain.

Bayak sebab kenapa buat lewat bukan sengaja pun .Alhamdulillah ibu dan anak sihat .Hb pun elok ,kesan daripada makan banyak buah betik masak.

Lega bila selesai buat buku pink .Bulan depan pula.Saya tidak mengamalkan vitamin hospital ,banyak ambik supplement shaklee jer untuk kandungan  ,setakat ini alahamdulillah kesihatan masih ok .

Tahlah sejak dulu lagi semua ubat doktor bagi jarang masuk dalam tubuh melainkan terpaksa..penadol pun dah bertahun tidak makan .

Andai demam,biasanya eyda akan banyakkan minum air,jaga tidur ,jaga makan dan ambil supplement seperti vitamin c ,b complex atau minyak kelapa dara,agar antibodi tubuh yang lawan balik.Biasanya tidak ambil masa lama untuk sembuh balik.Mungkin kadang-kadang kita demam sebab badan bagi amaran kita perlukan rehat.Cuma sekarang pergi jugalah klinik kalau demam untuk check denggi ,untuk langkah berjaga-jaga..nauzubillah.

Semoga dipermudahkan mengandungkan anak ini dan melahirkan dia nanti.

Ya Allah makbulkan lah doa semua pasangan yang inginkan cahaya mata..

Note:
Moga bermanfaat sebagai rujukan untuk yang blur-blur macam saya. 
Setiap buku pink ada dilekatkan perlekat kod warna disebelah kanan.Kalau tidak ada masalah pape dapat warna putih.Saya hijau tue cz ada sakit kulit sikit,tapi doktor kata tidak menjejaskan baby pun cuma untuk rujukan doktor.

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com