Pages

01 November 2017

Bsp:Prosedur Buat BSP,bacaan normal bsp ibu hamil

Hamil kali ni akak  detect gdm lepas minum air gula.
.
Bacaan akak setelah minum air gula 8.2 mmol/l, sepatutnya  tidak boleh  lebih 7.8 mmol/I
.
Termenung gak awal2 dapat tahu.Tak pastilah sebab apa kena gdm kali ni. 
.
Mungkin juga hamil kali ni supplement memang tak leh masuk. Air putih apatah lagi, muntah terus.
.
Yang diterima tekak hanya air manis & benda- benda manis.Yang masa tak hamil tak suka tika ni lah jadi ketagih..garu kepala.
.
Debar jugalah kan bila baca efek gdm tuk baby & ibu.
.
Orang terdekat pun takde pengalaman buntu gak cari info. Mujurlah ade pak cik google & kelab ibu hamil.
.
Walaupun Kadang info tak tepat sikit Sekurang- kurangnya ada gambaran kasar kan.
.
Bulan ni Kak Eyda dah masuk bulan trimester akhir, tujuh bulan,Alhamdulillah.
.
.
Detect gdm pada bulan ke empat.Sedap jea makan lepas alahan & terkena lak musim raya , naik berat mendadak terus perlu minum air gula.
.
Bila dah kena gdm ni banyak lah kijaan sikit. Kalau orang lain chekup sekali sebulan dan kerap pada akhir trimester 3.
.
Ibu gdm ni 2 minggu sekali,kena buat bsp untuk tengok  cara pemakanan ibu, esoknya jumpa doktor.
.
Kalau result ok dua minggu sekali, kalau tak ok bergantung pada doktor lah.Scan pun  setiap bulan.
.
Kalau klinik kesihatan sini  jika doktor tak puas hati dengan result bsp,seminggu sekali lah jawabnya, leceh.
.
Bila detect gdm, kita akan dirujuk kepada doktor pakar keluarga dan juga pakar pemakanan.
Pakar pemakanan cuma bagi nasihat dan nasihat apa- apa patut.Pakar pemakanan lak nasihat tentang pemakanan.

*******

Bsp ni diambil darah 4 kali dalam satu hari.
.
Masa berbeza untuk setiap klinik.
.
Kalau klinik desa sini pukul 8pagi, 10pagi, 2 petang dan juga 8 malam.Tiga masa pertama  ambil darah dekat klinik.
.
Untuk 8 malam ambil dekat farmasi luar, sebabnya takde kuarters nurse sini.So, takdelah orang yang boleh in charge ambil darah waktu malam.
.
Untuk ambil darah pukul  8 pagi  perlu puasa  bermula 10 malam sebelumnya & result haruslah kurang dari 5.2 mmol/l ketika kita berpuasa.
.
Lepas tue boleh lah makan, sekadar hilangkan lapar untuk chek lagi sekali pukul 10pagi.
.
Result untuk yang seterusnya selepas makan pula jangan lebih 6.7 mmol/l.
.
Kak Eyda nasihatkan ambil roti jea sekeping dua,kalau roti wholemale lagi baik ataupun  telur saja.
.
Banyakkan  air masak sebelum ambil darah sekali lagi pukul 10pagi. Sejam sebelum perlu berhenti dah makan yer.
.
Untuk chek darah pukul 2 kalau kak eyda masih amalkan cara yang sama, mungkin kuantiti jea yang bertambah sikit sekadar nak alas perut.
.
Dua jam sebelum dah perlu berhenti makan, maksudnya pukul 12 tengah hari dah berhenti makan.
.
Setelah ambil darah pukul 2 barulah makan nasi, tapi janganlah lak melampau, Cara makan seperti  yang diberitahu pakar pemakanan.
.
Pukul 6 petang dah kena berhenti makan yea.
.
Kadang sebelum pukul 6 petang  akak adalah makan roti sikit tuk bertahan sebelum ambil darah pukul 8 malam.
.
Kadang lepas bsp kak eyda makan juga makanan berat tapi berpada- padalah.Sian baby lapar.

******

Result bsp sebelum makan dan selepas makan juga berbeza setiap klinik.
.
Ada klinik sebelum makan jangan lebih 5.2 mmol/l, ada juga yang tak leh lebih 4.0 mmol/l
.
Begitu juga result selepas makan ada tempat nak bawah 6.0 mmol/l, ada yang boleh terima asalkan jangan lebih 6.7 mmol/l


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com