Pages

20 December 2019

Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Alhamdulillah sempat juga ke bengkel fotography bersama Tuan Stefano Romano,dia lebih selesa kami panggil Stef.Seorang fotography profesional dari Itali juga ex-pensyarah  kontrak di USM Pulau Pinang.

Kiranya  ini bengkel terakhirlah sebelum dia balik ke negara asalnya, Itali.

Bengkel ni banyak dalam bahasa Indonesia , isterinya orang  Indonesia .Dia seorang muslim.

Dalam bengkel separuh hari  ni kami belajar  membaca cerita disebalik setiap foto dan juga teknik asas ambil gambar .

Bagi Nor antara banyak-banyak gambar yang dia ulas . Gambar ni paling ‘deep’ ,sedih dan macam-macam rasalah yang tak enak.


Gambar ini menggambarkan ketidakpuasan hati si photographer .Namun ,dia tak mampu berbuat apa-apa

Dikeratnya kepala si ayah tanda protes atas tindakan si bapa yang sanggup menjual anak sendiri semata-mata hanya untuk beli TV.Sedangkan mak ayahnya tahu anaknya bakal dilacurkan .

TV yang si ayah nak beli di belakang si ayah.

Cahaya datang dari kiri.Nak bagi nampak  si emak kelihatan hodoh dan tua.Kerana membiarkan anaknya dijual.

Kiranya storytelling dalam gambar ni antara mak,ayah dan juga tv .Gambar pun diedit putih hitam bagi rasa lagi feel tue.

Gambar ni nak create awareness dengan harapan ada NGO yang boleh membantu anak-anak teraniaya ini. 

Di negara tersebut ia amalan biasa.

Bengkel di buat dekat Karangkraf Syeksen 15 Shah Alam . Kebanyakan peserta baya-baya umi Nor. 

Alhamdulillah banyak boleh belajar ,malah sempat berjumpa dengan orang kuat Bonda Nor ,Cik Pie .

                    Praktikal ambil gambar potrait 

Cik Pie orang kuat Bonda Nor

Kegigihan bapa gipsy nak bagi anaknya pandai

Stef tunjukkan ‘Rule of third”

5 comments:

  1. bestnye. teringin nak join bengkel mcm ni jugak

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Memang bagus...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com