Pages

15 November 2017

Pengalaman psioriasis :Berdamailah!

Aku pesakit  psioriasis :Berdamailah!

Mungkin ada yang blurr ape tue psioriasis?
.
Dikatakan hanya 3% penduduk dunia alami penyakit psioriasis ni.
.
Berdasarkan apa yang akak baca ia mungkin disebabkan keturunan dan juga ada yang terjadi sendiri.
.
Kalau orang normal  kulit akan bersalin baru dalam masa 28hari.Tapi, berbeza tuk pesakit psioriasis.
.
Dimana setengah kawasan kulit,kulit akan bersalin dalam masa 3 hari.Jadi, kulit di kawasan bermasalah tue akan  kelihatan berkuping dan juga bersisik.
.
Jangan risau bagi orang di sekitar, penyakit ini tidak berjangkit.
.
Tapi biasalah bila tengok penyakit kulit  begini, pastinya orang biasa yang tidak ada pengetahuan penyakit ni akan sendiri menjauh.
.
Harapnya yang baca ni taulah sikit sebanyak.
.
4 Cara Kak Eyda berdamai dengan psioriasis 

1.Kawal stress 
.
Apa yang kita mampu buka hati terima .
Apapun takdir Allah s.w.t adalah terbaik. Yakinlah pasti akan ada ubatnya.
.
Kalau kita tak redo kita juga yang stress.
.
Hati- hati!
.
Stress adalah trigger(pencetus) utama psioriasis! 
Tapi kita memang tak dapat lari dari stress, dekatkan diri dengan Allah, adakan buku kesyukuran ( catit apa yang kita syukur setiap hari), belajar hidup sentiasa redo & kalau ada bajet amalkan b complex tuk kurangkan stress.
 .
Akak sendiri pun agak payah & blurrr ketika pertama kali menerimanya.
.
Tertekan itu sudah pasti.Agak payah juga barulah doktor sahkan  yang ni penyakit psioriasis.

2.Elakkan pengambilan steroid 

Psioriasis penyakit yang jarang dijumpai 
Malah ubatnya pun belum ade lagi,masih  dalam peringkat kajian.
.
Kalau jumpa doktor  pun hanya bagi steroid untuk kurangkan psioriasis keluar.
Tapi, sebaiknya hindari guna steroid,ia beri kesan buruk andai diguna berpanjangan.
.
3.Elakkan menggaru di tempat berkuping 
Kadang geram juga.
.
Untuk kurangkan menggelupas sebaiknya amalkan vitamin c. 

4.Pastikan  kulit sentiasa  lembab
.
Elakkan semua penyebab kulit kering.
Tak kisahlah disebabkan ekon, mandian yang tak sesuai, mandi dengan air panas dan lain - lain

5.Amalkan makan dan gaya hidup secara sihat
.
Kawal pemakanan dan gaya hidup sihat agar terhindar dari penyakit- penyakit berat. Bila dah sakit mestilah kita akan makan  ubat kan.
.
Kadang setengah ubat menyebabkan psioriasis makin kuat.
.
Tue jer lah kot apa yang akak boleh kongsi. 
.
Apa akak kongsi ni berdasarkan pengalaman akak yang masih tengah belajar tentang penyakit ni.
.
Tahun ni tahun ke - 10 berhadapan dengan penyakit ni.Dalam 10 tahun ni psioriasis Kadang hilang kadang naik.Sabo jea lah! 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com