Pages

13 May 2015

Alhamdulillah baby boy

Pada 26/4/2015 lepas,baby boy Ida  selamat dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2,kb.


Alhamdulillah...

Dapat juga bersalin dengan normal selepas buat ECV seminggu sebelum bersalin  kerana anak Ida terletak songsang dalam kandungan walaupun tika tu dah minggu ke 37 .

Tentang proses ni Ida akan cerita pada next posting untuk rujukan Ida di kemudian hari . Ingatkan bidan kampung je yang boleh buat untuk betulkan bayi songsang,kini boleh dah buat di hospital .


Sambung balik kisah kelahiran baby boy Ida ni yang kami namakan Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Izzuddin.Nama diambil sempena nama tokoh soleh Muhammad Al Fateh,semoga anak ini mewarisi keperibadian soleh tokoh penakluk konstantinopel (Turki sekarang) . Semoga anak ini ada nilai untuk islam.

Alhamdulillah..

Bagi Ida kelahiran Fateh mudah dan seminggu lebih awal , sepatutnya due 3/5/2015.Allah makbulkan hasrat Ida agar ada anak yang lahir pada bulan 4 ,daripada pemerhatian Ida orang- orang yang lahir bulan 4 meyenangkan dan seorang yang penyayang ..contohnya macam abi die...hehe  dan kelahiran Fateh hadiah sempena hari lahir asben yang ke 29 . Tentang betul atau tidak  penyayang orang yang lahir bulan 4 ni cuba kalian perhatikan ..ini sekadar pengalaman Ida.

24/4/2015

Panik..

Dua hari sebelum iaitu Jumaat petang hampir dekat magrib, air ketuban Ida pecah tiba-tiba,banyak pula tu..panik terus bagitahu ummi..macam.air paip keluar tak berhenti dan rasa suam- suam ,khuatir bayi lemas terus ke hospital.

Mungkin air ketuban  dah beberapa hari dah keluar sebelum tu,tapi dalam kuantiti yang sedikit jadi Ida musykil samaada air ketuban atau peluh..yer lah musim panas kan  leni.

Antara tanda- tanda nak bersalin nurse pesan sama ada air ketuban pecah,rasa memulas seakan segugut kuat,bayi tak aktif (kalau yang chekup kat kk biasanya kena kira sampai 10 setiap hari sekiranya tidak cukup kiraan perlu rujuk ke klinik dikhuatiri ada yang tak kena pada bayi) dan terakhir tanda nak bersalin turun darah.Rasanya ni je yang nurse pesan bila kandungan masuk 36 minggu hari tu.

Ida tanda dia air ketuban pecah dulu.Sesampai di hospital terus doktor check jalan tapi jalan.tak terbuka lagi.Disebabkan air ketuban banyak keluar terus kena tahan wad untuk pemantauan,khuatir air ketuban kering.

Alhamdulillah rezeki Ida, katil banyak yang kosong.Kebiasaannya tidak cukup katil,terpaksa selit lagi katil lain di tengah-tengah.Kata nurse sebelum Ida masuk setiap hari dalam 70 orang bersalin dalam masa sehari,tidak termasuk yang tunggu giliran.

Seingat Ida selepas melahirkan Fateh barulah katil penuh.Memang betul- betul rezekilah,tak menyesallah tak bersalin di hospital swasta.Sepanjang di wad dan bersalin, semua nurse dan doktor yang merawat ramah..harap beranak lepas ni pun jumpa orang baik- baik lah..ameen.

Dalam duk tunggu bersalin sempat lah berkenalan dengan pesakit lain.Bila diorang masuk wad bersalin ..duk pikir-pikir bilalah giliran Ida pula.

Tika tunggu buka jalan ,sempat lagi diorang berbual duk tahan sakit pun..hehe...Ida pula duk asyik tanya sakit macammana..haha...debar sebenarnya sebab bakal hadapi pasni.

Keesokannya ,jalan masih tak buka..releks lah lagi..cuma risau takut air ketuban kering,setiap kali tukar pad tunjuk kat nurse dulu baru buang,mungkin nurse nak tengok sebanyak mana air ketuban kot  dan dikhuatiri ada warna tidak sepatutnya.

25/4/2015

Sabtu tengah hari , doktor masukkan ubat agar terbuka jalan memandangkan khuatir air ketuban kering.Barulah rasa sikit- sikit macam senggugut tapi ada tempoh,makin petang makin kerap.Rasa bengkok besi katil Ida pegang bila datang contraction,rasa macam sengugut teruk gitu.Biasalah jalan buka secara dipaksa ni sakit dia lain macam yerlah dar 0 cm nak ke 10 cm dibuka secara paksa.Syukur sekali ubat jalan dah buka 3cm.

Suh suami urut kaki tapi tak jalan tapi ok lah juga..boleh menenangkan  sikit.Nak makan memang tak lalu tapi paksa juga takut kena bersalin tiba- tiba takde tenaga,dalam masa yang sama kurma ,air mineral dan vitamin b complex tidak lupa makan..agar dapat bekal tenaga.Zikir memang tak hentilah...tambah- tambah bila sakit.





Dalam banyak-banyak bila duk sakit ini je doa yang ingat.

Tengah malam rasa perut macam nak membuang air besar sangat-sangat.Bila nak gi tandas dia berhenti ,paginya nurse nak check jantung baby berape kali baru jadi sebab Ida nak ke tandas..rasa macam nak keluarkan semua ada dalam perut gitu ..masa tu memang pegang perut dan tak leh jalan betul dah.

26/4/2015

Paginya ahad,doktor nak  check jalan  tak tahan sangat Ida bagitahu rasa nak buang air besar sangat- sangat dan minta ubat sembelit tak.Doktor nak check jalan dulu,bukaan baru 3 cm tapi kepala bayi dah turun tu yang rasa nak berak,jadi doktor bagi ubat sembelit dan pesan jangan teran kalau tak nak keluar ,dikhuatiri bayi yang keluar sebab yang rasa nak buang air besar tu nak meneran sebenarnya.Ummi pun cakap gitu.

Lepas gi tandas,memang rasa tak leh jalan dah ,rasa lemah lumpuh ,tangan duk urut- urut paha untuk kurangkan sakit,nurse terus ambik kerusi roda masuk bilik bersalin.

Dari 3 cm nurse masukkan ubat lagi  agar jalan cepat buka sampai 10 cm ,tapi 8 cm Ida dah tak tahan sakit merayu nak bersalin.

Alhamdulillah dengan 2 kali teran keluarlah baby boy muhammad fateh aqil 1.03pm.Bila bidan letak di dada hilang semua sakit hehe.

Jahitan tak banyak,dan nurse yang jahit pun jenis cermat ,takde lah sakit sangat.

Alhamdulillah ala kullihal..



Bagi yang sama situasi dengan Ida,air ketuban keluar dulu ..terus pergi hospital khuatir air ketuban kurang boleh menyebabkan bagi lemas

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com