Pages

15 January 2015

Buku Pink :Tip minum air gula

Fuh selesai juga buat MGTT(Modified Glucose Tolerence Test) ,atau glemer dikalangan ibu mengandung sebagai minum air gula.Sepatutnya 28/12/2014 lagi ida kena minum ,tetapi disebabkan banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini ditunda kepada tarikh yang baru.Mana tidaknya hampir pinggang air naik di kawasan klinik kesihatan nie.Memandangkan air yang naik adalah air selut,memakan masalah untuk dibersihkan .

Ida  pergi semalam klinik nie dah bersih macam sebelumnya,Cuma susun atur dah tidak macam dulu memandangkan banyak kerusi yang dah kotor dan lain-lain.

Semoga semua mangsa banjir  di pantai timur dimudahkan urusan..( - _-).

Berbalik pada kisah air gula tadi….

Ida kena buat ujian air gula kali ini disebabkan berat naik mendadak,lepas jer trimester 1 ,selera makan naik mendadak,tambahan pula suami turun naik darat senang hatilah sikit ,semua permintaan dilayan..hihi.

Trimester 1 Ida agak teruklah juga walau tidak muntah ,selera makan hilang ,berat badan dari 54 kg turun 48kg,rambut pun gugur ,mungkin kerana kekurangan nutrisi yang seimbang.First time alami rambut luruh dengan banyak….debar..suami pun tegur takutlah sakit pape.

Masuk trimester ke-2 .Selera makan bertambah-tambah dan supplement pun baru boleh ditelan.Sebelum nie masuk apa-apa pun mesti rasa loya nak tolak keluar.Cuma sekarang minum air walaupun cukup 2 liter tapi sedikit demi sedikit,bahaya kurang air tika mengandung nie ditakuti boleh pula kencing kotor.

Ujian ini memang wajib diambil 2 kali sepanjang kehamilan setakat ida tahu untuk ibu hamil yang berumur 25 tahun ke atas.Di awal trimester dan juga di trimester ke-2.

Andai  ada sejarah keluarga kencing manis  pun kena buat dan juga berat badan naik mendadak juga kena buat

Tujuannya untu kenalpasti  kencing manis tika mengandung kerana berbahaya untuk kandungan,dikhuatiri bayi berisiko mengalami kecatatan…nauzubillah,oleh itu gula dalam darah akan harus dikawal segera.

Selain itu, kelahiran perlu disegerakan dua minggu lebih awal bagi mengelak komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi..Ni saya petik dari blog dr zubaidi.

Last appointment yang lepas nurse dah siap-siap pesan suh puasa bermula dari pukul 10 malam lagi hari sebelum buat MGTT .

Balik dari klinik kesihatan ,terus godek-godek tips minum air gula.Rata-rata bagi feedback negetif .Cuak pula .Apatah lagi duk baca-baca tue katanya klinik kerajaan biasanya tiada perisa ,plain macam tu jer warnanya,loya terus tekak.

Pergi semalam .Alhamdulillah klinik kesihatan ini air gula ada perisa oren.Fuh ..lega.

Prosedur Minum Air Gula

1-Berpuasa ,tanpa makan dan minum bermula dari pukul 10 malam sehingga selesai ujian MGTT.Lamanya..risau tidak boleh tahan jadi hari sebelum ujian tu ida makan sarapan lewat tuk biasakan diri esoknya.Yer lah sepanjang mengandung tidak pernah skip lagi sarapan,lapar jer kerjanya.

2-Ambil giliran dan darah .Untuk dibuat perbandingan sebelum dan juga selepas ujian MGTT.

3- Nurse panggil minum air gula.Kali ini agak ramai,kata nurse cover balik appointment yang banjir hari tu.Syukur perisa oren.

Tip dia minum dengan sekali teguk jer.Kalau berhenti takut dah tak boleh masuk.Boleh tahan juga rasa manisnya.Terus Ida minum air masak seteguk dan bilas air gula kat mulut nak elak muntah,kang tidak pasal-pasal kena minum sekali lagi..haru.Tapi jangan tunjuk depan nurse pula minum air masak tue..(~_^).

Untuk yang tiada perisa ,minum tika hangat/ suam takut dah sejuk likat pula.

4- Selepas 2 jam kena ambil darah sekali lagi.

Bacaan gula yang normal semasa berpuasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas dua jam bacaan gula perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter.Result akan dibagitahu di next checkup.

Disebabkan tunggu ambil masa lama untuk ambil darah kali kedua,ida terus gi buat checkup untuk bln 1.Alahamdulillah hb masih maintain 11.7 dan lain-lain ok.

Mungkin setengah orang akan pening-pening .

Siap... dah boleh balik!Oklah ,nanti Ida bercerita lagi untuk next checkup.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com