Alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke 36 minggu.Kiranya tunggu masa je lah.Tapi anak soleh ni tak mahu turun kepalanya kat bawah lagi,masih menari- menari dalam perut breech(songsang) .
Kejap dia ke kanan,kiri ,atas dan bawah.Kata doktor mungkin sebab air ketuban banyak dan tuannya kecik,jadi baby boleh bergerak-gerak dengan bebas lagi.
Sepatutnya bila kandungan dah berusia 35 minggu kepalanya sudah memasuki bahagian pinggul.
Jadi kes Ida dirujuk ke hospitan Kota Bharu (unit obstetrik & ginekologi).Apapun syukur alahamdulillah baby & ibu sihat walafiat cuma masalah breech tu je lah .Ibunya makin mengembang adalah hehe.
Debar?
Sudah tentulah tambahan pula ni anak pertama dan tiada adik beradik yang dah ada anak untuk berkongsi.Takpe zaman sekarang kan mudah..tanya saja pak cik google ,tak faham lagi tanya nurse klinik.Oyeah.
Sebelum bertemu dengan dr pakar ,Ida dikhendaki scan dulu untuk memastikan kedudukan bayi yang terkini.Setelah berbincang dengan doktor pakar .Dr pakar memberi cadangan untuk cuba pusingkan baby ida iaitu proses (ecv) dalam minggu ni juga 16.4.15.Katanya kalau buat lambat dirisaukan air ketuban makin sikit,jadi peratusan untuk fail tinggi.
Andai tidak berjaya tidak ada cara lain melainkan kena czer juga.
Andai tidak berjaya tidak ada cara lain melainkan kena czer juga.
Doktor juga turut menerangkan risiko yang bakal terjadi andai tidak berjaya.Harap baby bagi kerjasama ketika doktor pusing nanti.Ameen dan baby selamat.
Risau ...
Doakan kelahiran ini selamat dan anak yang lahir bermanfaat untuk agama.Ameen.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah