Pages

Cara buang kutu babi dengan mudah

Cara buang kutu babi dengan mudah




Pernah dengar tak kutu babi? Kalau Kelantan kami panggil pirahh.

Dulu akak setakat dengar je.

"Jangan main pasir,kan keno pirahh baru tau! bla bla bla..."

Ayat ni lah yang selalu ummi guna bila larang kami main pasir.

Setakat dengar je lah, tuan badan akak tak pernah kenal.

Suatu hari tika anak akak yang sulung 
bayi lagi dalam 2 atau 3 bulan tak silap akak. Ada bintik hitam besar belakang telinga dia.

Aishhh apa lak ni. Ingatkan sampah ke apa.Akak tarik je lah, kuat gak benda tue melekat, meraung si kecik. 

Debar lak rasa, kelam kabut cari tok mi dia.
Tak pasal - pasal akak kena marah..garu kepala.

"Tue pirahh lah, takleh cabut senang- senang macam tue, demam kan anak awak.."

Akak yang tika kecik dulu lasak main pasir, main tanah, panjat pokok, masuk semak ni tak kena lak gigit dengan si pirahh ni.

Anak akak yang tidur je dalam pantang yang kena.Mungkin  datang melalui angin.

Pirahh( kutu babi) ni jangan dibuang gitu jea.Ada cara dia, bukan apa, bulih demam dan berkudis kat tempat tue kalau tak kena cara.

Kaki dia boleh melekat dan akan gatal dan sakit agak lama.

Nak mudah buang dia sekali dengan kaki pirahh boleh cuba petua ni.

Letak kapur sireh, minyak panas macam minyak cap kapak, vicks ke.
     
Kalau takde minyak panas boleh letak alcohol misalnya wangian yang ada alcohol.

Letak tembakau pun ok.Ramaskan tembakau dalam air.Ambil air tue titis kat pirahh( Kutu babi).
       
Bila buat petua ni biasanya dia akan jatuh sendiri.Hati- hati! Kan tak perasan tika pirahh tue jatuh.

Alhamdulillah sangat pirahh( kutu babi) yang lekat kat anak akak tak masuk telinga.

Kawan akak anak dia pirahh pernah masuk dalam telinga.Sakitnya berdenyut- denyut

Dia titik dalam  telinga dengan ubat gamat. Selepas tue mengiring dengan telinga  yang letak minyak gamat tadi ke bawah. Biarkan semalaman.

Boleh juga letak minyak gamat dekat cotton bud dan korek telinga .

Nanti pirahh akan jatuh sendiri.Kalau boleh tutup telinga tue dengan kapas ke, takutnye pirahh jatuh kita tak perasan.

Matikan pirahh(kutu babi) tue, kan nye merayap lak tempat lain.

Oklah moga entry ni  membantu.

Love,
Eyda Rashid

P/s:






Cara kurangkan kuning bayi: Hari ke-11 Amna Sofia

Cara kurangkan kuning bayi: Hari ke-11 Amna Sofia




Hi/Assalamualaikum 

Alhamdulillah kuning(jaundis) Amna dah 4.7 mg/gl.Legalah tak yah berulang klinik dah.Kesian juga asyik ambik darah tapi demi kesihatan anak terpaksa relakan huhu.

Kata doktor sebelum tahun 2016 dah tak perlu pantau kat klinik dah kalau 10.0 mg/gl taaapi  mulai taun 2016 bacaan kuning bawah 5.0mg/gl barulah tak perlu pantau di klinik.

Sebabnya bila buat kajian masih ada yang ada penyakit hati walaupun bacaan bawah 10mg/gl.

Patutlah akak rasa tika Aqil dulu takdelah serendah ni.

Alhamdulillah tika Amna ni akak lebih bersedia .Ketika hamil akak amalkan minyak kelapa dara (Vco).Disamping stabilkan gula dalam darah, vco mampu elakkan kuning(jaundis) bayi tika lahir. 

Kalaulah kena sekalipun tak lah tinggi . Kalau nak lagi ok amalkan zafran & juga susu kambing ketika hamil.Kawan akak amalkan dua benda ni anak dia tak kena kuning.

Pemakanan masa hamil pun kena jaga. Elakkan makanan ada perasa, jajan dan lain- lain tue elakkan dulu.Semua ni juga peyumbang pada anak kuning bila lahir.

Kalau ditanya apa akak amalkan agar Amna turun bacaan  kuning dia.

Cuma susukan dia agar dia berak banyak. Lagi banyak berak lagi banyaklah bilirubin keluar,cepatlah  bacaan kuning(jaundis) nya rendah.

Pastikan bayi betul- betul menyusu. Biasanya setiap puting peyusuan  dalam 10-15 minit.

Elakkan makan jamu, halia, lada hitam & laun- lain herba panas sepanjang 14hari selepas kelahiran.

Akak pun hanya mengurut, bertungku & barut dengan minyak panas je sepanjang 14hari ni.

Kalau bacaan tinggi sangat akak cadangkan susukan juga dia dengan susu fm disamping susu badan. Sekadar nak banyakkan berak dia.

Dah abis kuning dia terpulang lah.Akak bagi melalui sudu je, takut dia kompius puting. 

Lagipun akak tak bercadang nak bagi fm kat dia, bagi pun sekadar nak elak kuning dia makin teruk je.Dalam 3 atau 4 kali je akak bagi sehari.

Paling minimum pun akak akan pastikan dia berak lebih dari 6 kali.

Bacaan normal jaundis 5mg/dl
Bacaan sederhana juandis 5mg/dl- pemantauan klinik
Bacaan 21 mg/ dl -Fototerapi di hospital 
Bacaan 28 mg/dl - Perlu pertukaran darah.
(Untuk tukar unit umol/l ke mg/dl bahagikan dengan 17.1)

Harapnya bila dah 14 hari juandis dia dah betuk- betul takde, akak nak makan jamu lak.Sedang survey jamu yang sesuai untuk anak g6pd.

Beza berpantang Amna dengan abang dia.Amna kijaan dia tidur je.Nak minum susu pun kena kejut...alahai.

Abangnya lak memang kijaan nangis je tika pantang, memang tak cukup tidur ibu dia.

Apapun ok je asalkan anak sihat.

Alhamdulillah ala kullihal




Darah coklat tanda nak bersalin : Pengalaman bersalin Amna

Darah coklat tanda nak bersalin : Pengalaman bersalin Amna




Alhamdulillah anak akak ke - 2 dah selamat dilahirkan  rabu lepas 31.1.2018(Rabu), 11.35 pagi.

Hamil anak ke-2 ni banyak memberi akak ilmu baru misalnya tentang gdm dan banyak lagi.

Alhamdulillah gdm akak terkawal sepanjang hamil ni. Antara amalan akak kawal gula dengan minyak kelapa dara, disamping makan dengan cara sihat.

Sini akak catatkan kenangan bersalin anak ke-2 ni sebagai kenangan & rujukan akak di hadapan.

29.1.2018(Isnin)

Keluar darah coklat macam awal- awal nak datang haid.Ish darah apa ni? Cuak dah . Baru teringat yang ni tanda nak bersalin yang nurse duk bagitau.

Sebelum ni tika abang dia induce jadi tak elert sangat darah keluar sebab duk hospital dah.

Yang jadi kompius  sebab tak sakit lagi. Nak gi hospital ke tak ni? 

Risau takutnya pape terjadi akak pergi juga lah hospital. Chekup ahad sebelum tue nurse klinik ada kata yang baby duk bawah sangat- sangat dah. Tunggu masa jalan buka je.

Dekat pukul 11 pagi sampai di  klinik. 

Terima kasih banyak- banyak kat adik akak sanggup lepaskan kerja tuk bawa akak.

Alhamdulillah pejabat guaman dia dekat rumah, ada masalah pape bulih call je. Abi dia duk Shah Alam lagi.Siapkan kerja mana patut sebelum serah kat ofismate, kan kalut lak diorang.

Selepas pergi daftar di dewan bersalin terus masuk untuk timbang, check jantung bayi, check jalan & juga scan.

Jalan baru buka 1cm.Akak minta nak balik, ketika di hospital dah rasa sikit- sikit sakit, biarlah dulu.Rasa macam  nak segugut gitu.

Dalam pukul 4 petang siap semuanya, doktor bagi lepaslah sebabnya baru 1 cm,  kenalah juga bayaran Rm35.

Sebelum balik rumah akak pergilah jalan- jalan kat aeon kot- kot ada rezeki jalan lebih banyak terbuka, sebab lapar pun yea. Perkena dulu ayam penyet,mabeles!

Pergi pula pusing kedai buku ambil mood sambil layan contraction yang jarang - jarang dah mula datang.

Teringat abang dia elok jea duk rumah ngan usu dia.Belilah coklat sebagai upah hehe

Google jugalah pengalaman ibu - ibu lain bila turun tanda darah coklat.Makan hari jugalah barulah anak keluar.

Jadi taklah bersungguh lagi minta abi dia balik kampung.

Bila terpikir kan cuti thaipusm abi dia nak balik, ok juga tue, harapnya sempat ngan abi dia kalau betul  balik.

30.1.2018(Selasa)

Contraction masih tak kuat, datang gitu- gitu je.Bulih duk gelak, layan aktif anak sulung lagi ajak main bola.

Ajak anak pusing rumah tok mi dia , sempatlah 5 keliling.Fuh.. lega sambil doa ada rezeki bersalin sebelum habih bulan January 

Entahlah akak memang nak anak perempuan yang lahir bulan January. Nape? Entah. Mungkin akak tengok yang lahir bulan January kalau perempuan aktif.

Sempat juga basuh tandas sambil cangkung.Darah coklat dan merah lagi banyak keluar bila basuh tandas.

Agak susah lah sikit nak solat, setiap kali solat mesti tukar pad.Redo je lah.Tue yang bagitahu abi dia bulih dah balik, kot- kot anak keluar esok.

Gerak hati akak lah.

Sakitnya duk main- main lagi. Abinya pun sebenarnya letih sangat- sangat.Seharian duk travel hantar document kat client tuk projek yang baru dia siapkan.

Nampak katil dah bila balik kerja,dia ambik masa tido dulu selepas margrib.Akak pun risau juga kalau dia pandu laju balik kampung.

Bagi dia je lah pilih nak balik esok atau malamnya terus.Dia ikot gerak hati dia malam juga dia balik. 

Dalam pukul 10malam dah mula sakit macam nak datang sengugut sejam sekali sampailah pukul 1 pagi.Lepas tue sakit dalam 30minit sekali.

Dalam pukul 3 pagi dah mula sakit 15minit sekali.

Abi dia tepon  dengar jer dia cakap tapi tak larat nak jawab duk layan contraction.Abi dia nak ilangkan ngantuk bawa kereta tue yang dia tepon.

Alhamdulillah dalam pukul 5 pagi abinya sampai.Lega! 

Minta dia layan anak sulung nak tidur peluk orang, sambil akak layan contraction yang dah datang kadang 5 minit atau 10 minit sekali.Kali ni contraction datang dengan rasa nak berak sekali.

Haaa tue dia, ni nak teran dah ni! 

Tapi tahan juga, pergi solat subuh.Tika masuk tandas rasa macam ada kepala. Cuak! Solat pun macam nak rebah.Tapi teruskan juga sampilah habis.

Biasanya kalau ikot teori 1cm ambik masa sejam.

31.1.2018 (Rabu)

Bagitau suami beli nasi.Rasanya dalam pukul 10 pagi nak pergi hospital ni.Lain macam je, ajatnya nak tunggu tengah hari.

Tapi teringat pesan kawan kalau sakit contraction 5minit sekali tue, yea dah jalan duk buka, boleh dah ke hospital .

Akak tahan rasa macam nak berak atas kerusi.Tak leh nak baring,rungsing  keluar bayi kat rumah.

Suami tolong mandikan.Dah tak larat.Nak pergi dengan tak mandi segan lak.

Siap pape patut, dalam 10.30 pagi bertolak ke wad bersalin. Sampai nya memang rezeki kami ada parking kosong.Jarang ada,tepi dewan bersalin lak tue. Allahuakbar!

Masuk je pukul 11 pagi tue, cakap kat kaunter tak larat sangat dah. Nurse suh ambil air kencing. Cakap kat dia nak berak sangat dah nih.

Eh..eh jangan teran lak dia kata. Doktor terus chek jalan.Kejut doktor dah 8cm. Kalut- kalut doktor suh ambil kerusi roda ke bilik bersalin.

Terus panggil suami.Rasanya kalau takde parking memang tak sempat dah suami masuk. Rezeki kami..alhamdulillah.

Akak lak blur- blur mungkin ngantuk sangat duk layan contraction semalam, doktor suh teran pun macam dalam mimpi. 

Teran kali kedua, alhamdulillah anak terus keluar.Lega!

Selepas azankan bayi  asben keluar. Alhamdulillah dimudahkan urusan.

Berbanding lahirkan abang dia, lahir adik dia kurang sakit berbanding yang abang, lebih  pada natural birth, abang dia dulu induce. Ketuban pecah awal tapi jalan tak buka lagi.

Bulih tahan sakit dia, sakit macam nak beranak dah- dah tapi jalan tak bukak lagi.

Disebabkan akak hamil  gdm, bayi kenalah pegang 6 jam lepas dilahirkan, nak tengok gula dalam  darah dia.Alhamdulillah takde pape.

Terima kasih sudi baca sampai habih.






.

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com