Alhamdulillah anak akak ke - 2 dah selamat dilahirkan rabu lepas 31.1.2018(Rabu), 11.35 pagi.
Hamil anak ke-2 ni banyak memberi akak ilmu baru misalnya tentang gdm dan banyak lagi.
Alhamdulillah gdm akak terkawal sepanjang hamil ni. Antara amalan akak kawal gula dengan minyak kelapa dara, disamping makan dengan cara sihat.
Sini akak catatkan kenangan bersalin anak ke-2 ni sebagai kenangan & rujukan akak di hadapan.
29.1.2018(Isnin)
Keluar darah coklat macam awal- awal nak datang haid.Ish darah apa ni? Cuak dah . Baru teringat yang ni tanda nak bersalin yang nurse duk bagitau.
Sebelum ni tika abang dia induce jadi tak elert sangat darah keluar sebab duk hospital dah.
Yang jadi kompius sebab tak sakit lagi. Nak gi hospital ke tak ni?
Risau takutnya pape terjadi akak pergi juga lah hospital. Chekup ahad sebelum tue nurse klinik ada kata yang baby duk bawah sangat- sangat dah. Tunggu masa jalan buka je.
Dekat pukul 11 pagi sampai di klinik.
Terima kasih banyak- banyak kat adik akak sanggup lepaskan kerja tuk bawa akak.
Alhamdulillah pejabat guaman dia dekat rumah, ada masalah pape bulih call je. Abi dia duk Shah Alam lagi.Siapkan kerja mana patut sebelum serah kat ofismate, kan kalut lak diorang.
Selepas pergi daftar di dewan bersalin terus masuk untuk timbang, check jantung bayi, check jalan & juga scan.
Jalan baru buka 1cm.Akak minta nak balik, ketika di hospital dah rasa sikit- sikit sakit, biarlah dulu.Rasa macam nak segugut gitu.
Dalam pukul 4 petang siap semuanya, doktor bagi lepaslah sebabnya baru 1 cm, kenalah juga bayaran Rm35.
Sebelum balik rumah akak pergilah jalan- jalan kat aeon kot- kot ada rezeki jalan lebih banyak terbuka, sebab lapar pun yea. Perkena dulu ayam penyet,mabeles!
Pergi pula pusing kedai buku ambil mood sambil layan contraction yang jarang - jarang dah mula datang.
Teringat abang dia elok jea duk rumah ngan usu dia.Belilah coklat sebagai upah hehe
Google jugalah pengalaman ibu - ibu lain bila turun tanda darah coklat.Makan hari jugalah barulah anak keluar.
Jadi taklah bersungguh lagi minta abi dia balik kampung.
Bila terpikir kan cuti thaipusm abi dia nak balik, ok juga tue, harapnya sempat ngan abi dia kalau betul balik.
30.1.2018(Selasa)
Contraction masih tak kuat, datang gitu- gitu je.Bulih duk gelak, layan aktif anak sulung lagi ajak main bola.
Ajak anak pusing rumah tok mi dia , sempatlah 5 keliling.Fuh.. lega sambil doa ada rezeki bersalin sebelum habih bulan January
Entahlah akak memang nak anak perempuan yang lahir bulan January. Nape? Entah. Mungkin akak tengok yang lahir bulan January kalau perempuan aktif.
Sempat juga basuh tandas sambil cangkung.Darah coklat dan merah lagi banyak keluar bila basuh tandas.
Agak susah lah sikit nak solat, setiap kali solat mesti tukar pad.Redo je lah.Tue yang bagitahu abi dia bulih dah balik, kot- kot anak keluar esok.
Gerak hati akak lah.
Sakitnya duk main- main lagi. Abinya pun sebenarnya letih sangat- sangat.Seharian duk travel hantar document kat client tuk projek yang baru dia siapkan.
Nampak katil dah bila balik kerja,dia ambik masa tido dulu selepas margrib.Akak pun risau juga kalau dia pandu laju balik kampung.
Bagi dia je lah pilih nak balik esok atau malamnya terus.Dia ikot gerak hati dia malam juga dia balik.
Dalam pukul 10malam dah mula sakit macam nak datang sengugut sejam sekali sampailah pukul 1 pagi.Lepas tue sakit dalam 30minit sekali.
Dalam pukul 3 pagi dah mula sakit 15minit sekali.
Abi dia tepon dengar jer dia cakap tapi tak larat nak jawab duk layan contraction.Abi dia nak ilangkan ngantuk bawa kereta tue yang dia tepon.
Alhamdulillah dalam pukul 5 pagi abinya sampai.Lega!
Minta dia layan anak sulung nak tidur peluk orang, sambil akak layan contraction yang dah datang kadang 5 minit atau 10 minit sekali.Kali ni contraction datang dengan rasa nak berak sekali.
Haaa tue dia, ni nak teran dah ni!
Tapi tahan juga, pergi solat subuh.Tika masuk tandas rasa macam ada kepala. Cuak! Solat pun macam nak rebah.Tapi teruskan juga sampilah habis.
Biasanya kalau ikot teori 1cm ambik masa sejam.
31.1.2018 (Rabu)
Bagitau suami beli nasi.Rasanya dalam pukul 10 pagi nak pergi hospital ni.Lain macam je, ajatnya nak tunggu tengah hari.
Tapi teringat pesan kawan kalau sakit contraction 5minit sekali tue, yea dah jalan duk buka, boleh dah ke hospital .
Akak tahan rasa macam nak berak atas kerusi.Tak leh nak baring,rungsing keluar bayi kat rumah.
Suami tolong mandikan.Dah tak larat.Nak pergi dengan tak mandi segan lak.
Siap pape patut, dalam 10.30 pagi bertolak ke wad bersalin. Sampai nya memang rezeki kami ada parking kosong.Jarang ada,tepi dewan bersalin lak tue. Allahuakbar!
Masuk je pukul 11 pagi tue, cakap kat kaunter tak larat sangat dah. Nurse suh ambil air kencing. Cakap kat dia nak berak sangat dah nih.
Eh..eh jangan teran lak dia kata. Doktor terus chek jalan.Kejut doktor dah 8cm. Kalut- kalut doktor suh ambil kerusi roda ke bilik bersalin.
Terus panggil suami.Rasanya kalau takde parking memang tak sempat dah suami masuk. Rezeki kami..alhamdulillah.
Akak lak blur- blur mungkin ngantuk sangat duk layan contraction semalam, doktor suh teran pun macam dalam mimpi.
Teran kali kedua, alhamdulillah anak terus keluar.Lega!
Selepas azankan bayi asben keluar. Alhamdulillah dimudahkan urusan.
Berbanding lahirkan abang dia, lahir adik dia kurang sakit berbanding yang abang, lebih pada natural birth, abang dia dulu induce. Ketuban pecah awal tapi jalan tak buka lagi.
Bulih tahan sakit dia, sakit macam nak beranak dah- dah tapi jalan tak bukak lagi.
Disebabkan akak hamil gdm, bayi kenalah pegang 6 jam lepas dilahirkan, nak tengok gula dalam darah dia.Alhamdulillah takde pape.
Terima kasih sudi baca sampai habih.
.
Wah tahniah.... selamat berpantang...
ReplyDelete