Pages

11 February 2018

Cara kurangkan kuning bayi: Hari ke-11 Amna Sofia




Hi/Assalamualaikum 

Alhamdulillah kuning(jaundis) Amna dah 4.7 mg/gl.Legalah tak yah berulang klinik dah.Kesian juga asyik ambik darah tapi demi kesihatan anak terpaksa relakan huhu.

Kata doktor sebelum tahun 2016 dah tak perlu pantau kat klinik dah kalau 10.0 mg/gl taaapi  mulai taun 2016 bacaan kuning bawah 5.0mg/gl barulah tak perlu pantau di klinik.

Sebabnya bila buat kajian masih ada yang ada penyakit hati walaupun bacaan bawah 10mg/gl.

Patutlah akak rasa tika Aqil dulu takdelah serendah ni.

Alhamdulillah tika Amna ni akak lebih bersedia .Ketika hamil akak amalkan minyak kelapa dara (Vco).Disamping stabilkan gula dalam darah, vco mampu elakkan kuning(jaundis) bayi tika lahir. 

Kalaulah kena sekalipun tak lah tinggi . Kalau nak lagi ok amalkan zafran & juga susu kambing ketika hamil.Kawan akak amalkan dua benda ni anak dia tak kena kuning.

Pemakanan masa hamil pun kena jaga. Elakkan makanan ada perasa, jajan dan lain- lain tue elakkan dulu.Semua ni juga peyumbang pada anak kuning bila lahir.

Kalau ditanya apa akak amalkan agar Amna turun bacaan  kuning dia.

Cuma susukan dia agar dia berak banyak. Lagi banyak berak lagi banyaklah bilirubin keluar,cepatlah  bacaan kuning(jaundis) nya rendah.

Pastikan bayi betul- betul menyusu. Biasanya setiap puting peyusuan  dalam 10-15 minit.

Elakkan makan jamu, halia, lada hitam & laun- lain herba panas sepanjang 14hari selepas kelahiran.

Akak pun hanya mengurut, bertungku & barut dengan minyak panas je sepanjang 14hari ni.

Kalau bacaan tinggi sangat akak cadangkan susukan juga dia dengan susu fm disamping susu badan. Sekadar nak banyakkan berak dia.

Dah abis kuning dia terpulang lah.Akak bagi melalui sudu je, takut dia kompius puting. 

Lagipun akak tak bercadang nak bagi fm kat dia, bagi pun sekadar nak elak kuning dia makin teruk je.Dalam 3 atau 4 kali je akak bagi sehari.

Paling minimum pun akak akan pastikan dia berak lebih dari 6 kali.

Bacaan normal jaundis 5mg/dl
Bacaan sederhana juandis 5mg/dl- pemantauan klinik
Bacaan 21 mg/ dl -Fototerapi di hospital 
Bacaan 28 mg/dl - Perlu pertukaran darah.
(Untuk tukar unit umol/l ke mg/dl bahagikan dengan 17.1)

Harapnya bila dah 14 hari juandis dia dah betuk- betul takde, akak nak makan jamu lak.Sedang survey jamu yang sesuai untuk anak g6pd.

Beza berpantang Amna dengan abang dia.Amna kijaan dia tidur je.Nak minum susu pun kena kejut...alahai.

Abangnya lak memang kijaan nangis je tika pantang, memang tak cukup tidur ibu dia.

Apapun ok je asalkan anak sihat.

Alhamdulillah ala kullihal




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com