Keluarga Sunnah Ebit Liew ,KL |
Suami-suami soleh ..amin
Alhamdulillah sempat Nor dan suami ke Seminar Keluarga Sunnah sebelum berakhir 2019 .
Asalnya nak pergi yang Kelantan ,sambil balik kampung ,tapi tarikhnya ada hal.Dah ‘frust’ dah. Takpalah bukan rezeki.
Mungkin Allah swt dengar .Tiba-tiba Ustaz Ebit terbuka hati nak buat dekat Kuala Lumpur.
Syukur ,alahmdulillah.
Harga tiket bagi seorang Rm150,andai berkumpulan seramai lebih dari 5 orang dapatkah harga Rm90. Banyak juga tu beza.
Tapi nak ajak siapa? Paling minimum 3 orang lagi untuk dapat harga tiket lebih murah.
Haaa...ajak adiklah .Lagi bestkan ahli keluarga ikut sekali .Yea lah kalau nak jadi baik,kena persekitaran pun orang baik-baik .
Bila tambah adik dan pasangannya baru 4 orang .Lagi seorang .
Nor cubalah tanya dekat group-group .Kot-kot lah kawan ada rasa juga nak join.Dapat lah dua pasangan .
Bagilah diorang bank in sebelum malamnya ,andai betul nak pergi.Tunggu punya tunggu ,adoii tak jadi pulak.
Camne nih....
Tiba-tiba kawan fb mesej ,tanya dah daftar ke belum. Dia ada dua pasangan nak bagi kalau belum daftar.
Macam tahu-tahu je .Dipendekkan cerita selesai juga daftar . Lega kali ke-2.
Masalah ke-3, pujuk suami untuk pergi.Kan kalau nak bawak keluarga kenalah dua-dua ada kesedaran. Barulah mudah nak buat perancangan.
Suami liat asalnya.Biasalah engineer ,kalau dengar ceramah kena duduk dan dengar je dia kurang berminat. Kalau training ke apa ,ada aktiviti dia ok sikit.
Bermulalah proses pujuk memujuk.Akhirnya ,dia kalah dengan isteri ahaks.
Masalah ke-5 .Siapa nak jaga anak?
Biasanya kalau Nor pergi program abinya yang jaga. Haaa...bila lagi nak minta tolong adik kan,ketika ni lah nak balas budi hehe.Dia setuju je,dia pun tak ada hal pape.
Settle...
Seminggu hari kejadian.
“Adik selsema dan batuk lah Ngah..”,kata adik.
“Takpe seminggu lagi,sempat ar selsema awak tuh ilang”
Dalam hati dup dap dup dap.
Yakin! Yakin ! Kita niat baik Allah akan tolong.
Masalah lain pula,badan macam tak larat je .Sempat ke nak habiskan program sampai petang.Biasalah awal-awal hamil nih,alahan .Ni pun asyik tidur je.Kan nye pengsan lak dalam dewan .
Abi tanya, “Awak nih ok tak !”
“Boleh-boleh...”,dalam hati tawakkal je lah.Mintalah Allah pilih dapat habiskan juga sampai habis program.
Alhamdulillah , walaupun dalam tak sihat .Allah pilih dapt habis juga program .
Apa yang Nor dapat:
[+] Kata Ustaz, bahagia ni dalam hati.Bila hati kenal Allah , kita ada segala-galanya.
[+] Niat berkeluarga untuk cari redha Allah swt.
[+] Biasanya budak @ anak-anak yang degil ni sebab mereka rindukan pelukan .Nak tarik hati mereka banyakkan cakap sayang,bagi perut mereka kenyang dan banyakkan pelukan .
[+] Cara didik hati syukur dengan melihat orang lebih kurang dari kita.
[+] Bagi orang yang baru nak belajar solat.Cukup dulu dengan ajar bacaan dan rukun-rukun yang wajib dalam solat.
[+] Allah takkan sia-siakan orang yang jaga agama. Allah akan buka baginya pintu keberkatan .
[+] Bila keluar rumah bacalah bismillahitawakkaltu alallah, walahawlawalaquwwataillabillah .
[+] Sebelum masuk rumah baca surah al-ikhlas 3 kali.
[+] Ayat quran Al Furqan 74
[+] Al Ahkaf 15
[+] Ibrahim ayat 40
[+] Biasanya orang yang tak hargai orang ,imannya masih tidak sempurna.
[+] Antara sunnah nabi saw yang elok diamalkan di dalam rumah iaitu makan berjemaah ,keluar masuk rumah cium suami isteri dan mandi sekali dengan pasangan.Apapun buat kerana Allah swt, redha-Allah.
[+] Ibadat dilakukan di awal waktu , tambah amalan sunat .
[+] Adakan Ta’lim (belajar)dan Ta’lum(mengajar) di rumah .Dalam pukul 9.30 malam .Antara aktiviti yang boleh buat, halaqah quran, bacaan hadis, muzakarah sifat sahabat dan lain-lain.
[+] Banyak lagilah yang Ustaz Ebit berkongsi.
[+] Saya tertarik juga dengan cerita Ust Rahman Liew abang nya Ustaz Ebit. Ada dua ekor cicak ,setiap hari menunggu makanan di dinding rumah. Biasanya dalam 20ekor nyamuk atau lalat dia dapat .Suatu hari si isteri cicak mengadu dekat suami dia , “Bang..bang..abang doalah kita diberi sayap macam nyamuk.Boleh lah kita dapat lebih lagi makanan .Si suami pun berdoa. Allah makbulkan hajatnya ,esoknya dua-dua tumbuh sayap macam si nyamuk.Maka dikuak nya kepak sekuat-kuatnya.Iyalah sayap nyamuk kan kecik ,tak padan dengan badan si cicak. Hasilnya tetap dapat sama 20 ekor nyamuk tapi habis sakit urat .Si isteri tak puas hati ,abang doakan kita ada sayap macam burung lah gituh .Kepak burung besar ,lagi lajulah kita terbang.Si suami pun berdoalah ,maka esoknya doanya dimakbulkan,dua-dua dapat kepak burung.Maka terbanglah di ruang yang sempit.Silap terbang terkena dinding,silap lagih terkena atap .Habis dua-duanya luka ,seekor nyamuk pun tak dapat.Ni lah selalu kita buat.Kita arahkan Allah nak tue nak nih.Tapi kita tak sedar Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita.Ilmu Allah swt maha luas,ilmu kita yang terbatas .Kita mampu merancang namun perancangan Allah swt yang terbaik.Bukak hati redha dengan takdir Allah. Itu sebaiknya,pasti ada rahmat di sebaliknya.
Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik ,habis juga sampai petang.Pengisian yang padat,mungkin yang tak best sikit parking lah kot.Barpusing-pusing juga cari ,iyalah 3000 peserta semuanya.
alhamdulillah bestnya dapat peluang pi. terima kasih juga sudi kongsi ^_^
ReplyDelete