Pages

12 October 2018

Resepi Ramadhan:Resepi Nasi Ayam Mudah

Resepi ni simple je , yang biasa saya buat. Mudah nak buat . Sesuai sangat kalau tetamu ada anak kecil . Semua orang boleh makan.


Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (Kadang saya letak kuah sup je terus) 
2 sudu besar butter

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia(Kadang tak letak)
1 sudu besar cuka
3/4 sudu  teh garam
2 sudu teh gula
kuah sup 1/2 bahan 

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
Rempah sup bunjut
Garam
Bawang merah & bawang putih digoreng hampir garing .(Masukkan dalam sup dengan sedikit minyak dia)

Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter .Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, dan masukkan garam secukup rasa. Masukkan bawang yang digoreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com