Pages

Perkembangan Anak 1-5 Tahun

Perkembangan Anak 1-5 Tahun




Di antara membaca,bercakap dan menulis,mana satu nak dimulakan dulu? 

1. Bercakap. 
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun. 

Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia. Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham. 

Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan. Greet anak,bagi salam... say 'hi',cium.... peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja. Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby. Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama. 

Seringkali saya tanya pada parents,'anak sudah boleh bercakap atau belum?' Kebanyakannya jawab 'dah,ada cakap... ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.' Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua! 

Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan,sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja. 

Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu 'bercakap' dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja. Kuat pulak tu! 'B.U.K.U... BUKU!' Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan 'belajar' melalui gadget. Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!

Rimas saya tengok! 
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!

Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak. 
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik. 
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian. 

Pemberian gadget dan belajar di usia ini? 
Kalau boleh,elakkan! 

2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun. 
Penting utk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng. 

Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah. Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat,redha je la dinding rumah kena conteng. 

Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya. 
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan. 
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain). 
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities (boleh cari post2 pasal midline crossing ni dekat fb saya,fb page ADIK Edutoys,fb page Impian Therapy Center). 
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip). 

Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku... kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng. Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke.... yg penting,fikirkan cara! 

Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu... guna ranting kayu... tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng. 

Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi... 

Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG. 
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita. 
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja. 
Layankan anak melukis. 
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis. 
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi! 

3. Mewarna. 
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun. 
Ajarlah warna di usia ini. 
Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya. 

Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak. 
Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget. 

Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan? 

Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan. Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana. 

Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna. 
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je. Lebih baik kita lukis gambar kita satu family,suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat. 

4. Menulis dan membaca. 
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas. 
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.

Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis. Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah. 

Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya.... pada USIA 4 TAHUN! Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi. 

Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf,bunyi2 huruf... mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun. 

Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.

Kalau kita 'terbalikkan' semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia. 

Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada. 

Sekian.


.
.

****************
.
.
Anda tak rasa ke rezeki sempit, rezeki susah nak datang dan bisnes pun down sebab takde connection dengan Allah ?
.
Saya ada jalan penyelesaiannya . 
Izinkan saya bantu anda. 
.
Download E-Book dengan klik link =>>SINI




Rangsang Anak bercakap: Aqil dah boleh bercakap

Rangsang Anak bercakap: Aqil dah boleh bercakap

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya hilang kerisauan akak bila Aqil dah mula bercakap.Jadi kuranglah sikit tantrum dia sebab orang dah mulai faham apa yang dia nak.
.
Silap akak juga sebelum ni tak banyak cakap dengan dia.Yea lah bila cakap dia tak bagi respon,akak ingatkan bahasa akak guna tinggi sangat.Jadi akak gunakan bahasa mudah- mudah jea bila cakap dengan dia.
.
Rupenye salah cara tue,patutnya kita cakap jea, lama kelamaan anak akan ada respon. 
.
Dia sedang simpan info / perkataan dalam memori dia dan akan keluarkan bila masa sesuai.
.
Raya lepas akak tengok kawan- kawan sebaya dia dah boleh respon bila kita tanya. Jadi akak tertanya- tanya lah, aish nape lah anak akak takleh lagi.
.
Teruhlah akak dan abi die ambil tindakan. Risau juga anak kita ketinggalan kan.
.
Sambil usaha bercakap dengan dia sambil- sambil tue doa.
.
Antara yang akak buat, akak bacakan buku kat dia. Bukan baca betul- betul pun, tunjuk gambar jea sambil sebut gambar tue tentang ape.
.
Akak libatkan dia dengan aktiviti - aktiviti akak buat.Sambil- sambil buat kerja, sambil borak dengan dia. Kadang kerja mudah- mudah bagi jer dia buat, memang comotlah.Tutup mata jea lah.
.
Akak perhatikan anak laki ni memang kita kena bagi dia buat kerja.Boleh nampak dia seronok bila boleh tolong.Banyakkan juga pujian dan pelukan sebagai galakan,lagilah dia suka buat.
.
Tapi, kalau nampak dia dah bosan biarkan jea dia buat ikot cara dia, asalkan tak merbahaya sudah.
.
Akak ajarkan juga benda asas macam anggota badan sambil nyanyi- nyanyi.
.
Kalau dia main pape akak sebut nama alatan tue.
.
Kalau kat luaw rumah akak bagitau nama setiap benda & lain- lain.Syukurnya dia nak ikot bila akak sebut. Kadang comel juga ngan pelat dia.hikshik.
.
Alhamdulillah banyak sangat peningkatan. Kini dalam ajarkan dia sambung ayat menggunakan kata nama digabungkan dengan kata sifat atau kata kerja. 
.
Misalnya,makan nasi ( Kata kerja+ Kata nama), bola besar( Kata Nama + Kata Sifat).
.
Harapnya sebelum dia masuk 3 tahun dia dah makin laju cakap.
.
Hajatnye nak masukkan ke pasti dari umur 4 tahun lagi.Semoga dipermudahkan. Daripada  dia duk depan tv, baik dia belajar sikit- sikit.
.
Sebab utama nak hantar awal,nak suh dia belajar berkawan jer, kawasan  rumah takde yang sebaya dia.Kalau dia dapat tangkap cikgu ajar tue bonus.
.
Kalau dah boleh cakap senanglah akak nak latih  dia buang pamper.Nak latih sekarang tak larat lagi nak bersihkan lantai andai dia terkencing ke, atau terberak ke.
.
Masuk tri 3 hamil ni duk rungsingkan bakal adik dia.Tak dan nak fikirkan benda lain.
.
Ok bye nite 

Aishh dah nak jadi abng pun manja kededek lagi.

Seafood Celup Tepung Kelantan :Kedai Acu Tera Pantai Sabak

Seafood Celup Tepung Kelantan :Kedai Acu Tera Pantai Sabak

Alhamdulillah sempat juga gi makan seafood celup tepung.Ni memang kedai feberet.
.
Dulu takdelah seramai ni tapi sejak dah viral ni adoi ramai ngat.Beratur lah nak dapat tempat.
.
Kami datang sebelum asar, oklah sikit.
.
Rezeki kami bila sampai kedai ada yang baru jea selesai  makan, cepat- cepat chop lah.
.
Apa yang best sini sebab seafood dia fresh, bila kita order tika tuelah dia akan masak.
.
Masa tunggu bulihlah tahan lambat sikit tapi sebab seafood  fresh dan harga pun takdelah mahal sangat, sanggup lah
.
Sementara tunggu tue nikmati dulu air kelapa,air buah pun ada,sambil- sambil tue nikmati angin pantai.
.
Kedudukan dia tepi betul- betul pantai sabak.Lepas makan boleh ke pantai,anak-anak mesti suka.
.
Cara kira die mengikut set.Ade set sotong, udang, keropok,fishball dan macam- macam lagi.
.
Kami order set sotong, set udang, set ikan,set fishball, set kerang dan 3 gelas air coconut shake semuanya harga  Rm45.Oklah kan
.
Kedai buka dari pukul 3.00 petang hinggalah 10.00 malam.Ruang parking kereta tak banyak, kalau nak merasa datanglah awal.
.
Akak memang akan elak datang cuti sekolah.Kalau nak datang juga cuba datang malam.

Tak dan nak ambik gambar dah ngap dulu
Boleh tahan ramai bila dah viral
Berselera betul bakal abng ni,sepinggan dia jer habihkan 

Klinik Al Farhain, Kok Lanas, Kelantan:Detail Scan

Klinik Al Farhain, Kok Lanas, Kelantan:Detail Scan

Alhamdulillah sempat lah buat detail scan tuk anak ke-2.
.
Tak pernah lagi bersungguh nak buat detail scan tuk anak sebelum ni.
.
Tapi kali ni disebabkan gdm dan scan sebelum ni, dr kata uri di bawah.Tue yang bersungguh.
.
Alhamdulillah masalah uri dah settle, uri dah naik ke atas.
.
Cuma, masalahnya sekarang, tali pusat lak terlilit di leher dan ank masih songsang.
Yang ni lagi lah risau huhu.
.
Harapnye adelah keajaiban dapat bersalin normal dan anak sihat watafiat..amin
.
Kali ni akak buat kat kampung.Dalam Rm 56 untuk detail scan.Oklah dari buat area lembah klang hampir seratus.
.
Mungkin akan buat sekali lagi bila abi die turun offshore nanti.Tujuannya nak tengok kedudukan uri.
.
Jantina tue akak dan asben dah redo, aish dah masuk 3 kali scan asyik xnampak.Saje nak bagi surprise kat ibu dan abi die.
.
Oklah mana- mana asalkan  anak sihat walafiat dan ibu sihat pun syukur sangat.
.
Kalau masih songsang harapnya bolehlah buat ecv(pusing bayi oleh doktor pakar).
.
Tue pun harapan tipis kalau bayi masih terbelit tali pusat.Doktor takkan ambil risiko untuk pusing.
.
Semoga dipermudahkan urusan lahirkan anak kali ni.
Doakan yea.

Nama klinik
Klinik Al Farhain, Kok Lanas, Kelantan




Pengalaman psioriasis  :Berdamailah!

Pengalaman psioriasis :Berdamailah!

Aku pesakit  psioriasis :Berdamailah!

Mungkin ada yang blurr ape tue psioriasis?
.
Dikatakan hanya 3% penduduk dunia alami penyakit psioriasis ni.
.
Berdasarkan apa yang akak baca ia mungkin disebabkan keturunan dan juga ada yang terjadi sendiri.
.
Kalau orang normal  kulit akan bersalin baru dalam masa 28hari.Tapi, berbeza tuk pesakit psioriasis.
.
Dimana setengah kawasan kulit,kulit akan bersalin dalam masa 3 hari.Jadi, kulit di kawasan bermasalah tue akan  kelihatan berkuping dan juga bersisik.
.
Jangan risau bagi orang di sekitar, penyakit ini tidak berjangkit.
.
Tapi biasalah bila tengok penyakit kulit  begini, pastinya orang biasa yang tidak ada pengetahuan penyakit ni akan sendiri menjauh.
.
Harapnya yang baca ni taulah sikit sebanyak.
.
4 Cara Kak Eyda berdamai dengan psioriasis 

1.Kawal stress 
.
Apa yang kita mampu buka hati terima .
Apapun takdir Allah s.w.t adalah terbaik. Yakinlah pasti akan ada ubatnya.
.
Kalau kita tak redo kita juga yang stress.
.
Hati- hati!
.
Stress adalah trigger(pencetus) utama psioriasis! 
Tapi kita memang tak dapat lari dari stress, dekatkan diri dengan Allah, adakan buku kesyukuran ( catit apa yang kita syukur setiap hari), belajar hidup sentiasa redo & kalau ada bajet amalkan b complex tuk kurangkan stress.
 .
Akak sendiri pun agak payah & blurrr ketika pertama kali menerimanya.
.
Tertekan itu sudah pasti.Agak payah juga barulah doktor sahkan  yang ni penyakit psioriasis.

2.Elakkan pengambilan steroid 

Psioriasis penyakit yang jarang dijumpai 
Malah ubatnya pun belum ade lagi,masih  dalam peringkat kajian.
.
Kalau jumpa doktor  pun hanya bagi steroid untuk kurangkan psioriasis keluar.
Tapi, sebaiknya hindari guna steroid,ia beri kesan buruk andai diguna berpanjangan.
.
3.Elakkan menggaru di tempat berkuping 
Kadang geram juga.
.
Untuk kurangkan menggelupas sebaiknya amalkan vitamin c. 

4.Pastikan  kulit sentiasa  lembab
.
Elakkan semua penyebab kulit kering.
Tak kisahlah disebabkan ekon, mandian yang tak sesuai, mandi dengan air panas dan lain - lain

5.Amalkan makan dan gaya hidup secara sihat
.
Kawal pemakanan dan gaya hidup sihat agar terhindar dari penyakit- penyakit berat. Bila dah sakit mestilah kita akan makan  ubat kan.
.
Kadang setengah ubat menyebabkan psioriasis makin kuat.
.
Tue jer lah kot apa yang akak boleh kongsi. 
.
Apa akak kongsi ni berdasarkan pengalaman akak yang masih tengah belajar tentang penyakit ni.
.
Tahun ni tahun ke - 10 berhadapan dengan penyakit ni.Dalam 10 tahun ni psioriasis Kadang hilang kadang naik.Sabo jea lah! 

Gdm;Kencing manis ketika hamil,Ujian HbA1c

Gdm;Kencing manis ketika hamil,Ujian HbA1c

Setelah detect gdm ketika minum air gula trimester 2 hamil dulu, kenalah jalani ujian HbA1c.
.
Blurrrr.Ingatkan dah buat bsp habis dah.Ada lagi..garu kepala 
.
Ujian ape pula ni?
.
Memang pengalaman sungguh hamil kali ni.
.
 Nurse akan ambil darah dan hantar ke makmal.Result akan tahu bila next chekup.
.
Next chekup nurse kata result cantik,4.2%.
Fuhh..lega.Alhamdulillah.
.
Dari pembacaan & juga tanya nurse.Ujian ni untuk mendapatkan purata glukosa dalam darah untuk tempoh 3 bulan.
.
Ia akan mengukur molekul gkukosa yang terikat dengan hemoglobin, suatu bahan dalam sel darah merah.
.
Orang yang tidak mengalami diabetes biasanya mempunyai takat HbA1c kurang daripada 6 peratus
.
Andai ujian HbA1c ini lebih pada 7% ia boleh akibatkan kesan buruk pada mata, buah pinggang  dan penyakit saraf akibat diabetes.
.
Lega, Alhamdulillah.Nati Kak Eyda cerita lak cara Kak Eyda makan sepanjang hamil kali ni untuk elak paras gula naik.Next posting.
.
Walaupun result bsp kita ok, tak semestinya ujian  HbA1c kita ok, kalau kita tak jaga makan seperti pakar pemakanan bagitau.Sebab HbA1c ambil kira purata tiga bulan sebelum.
.
Jaga makan ok! sekejap jer.
.
Sian kat baby, kalau ibu tak jaga makan anak terpaksa hasilkan sendiri insulin dia, bila pankreas anak dah berpenat awal hasilkan insulin , khuatir bayi akan mudah terkena kencing manis.
.
Ibu pun berisiko untuk czer, nasihat tuk diri sendiri juga.


Terima kasih sudi membaca =)




Bsp:Prosedur Buat BSP,bacaan normal bsp ibu hamil

Bsp:Prosedur Buat BSP,bacaan normal bsp ibu hamil

Hamil kali ni akak  detect gdm lepas minum air gula.
.
Bacaan akak setelah minum air gula 8.2 mmol/l, sepatutnya  tidak boleh  lebih 7.8 mmol/I
.
Termenung gak awal2 dapat tahu.Tak pastilah sebab apa kena gdm kali ni. 
.
Mungkin juga hamil kali ni supplement memang tak leh masuk. Air putih apatah lagi, muntah terus.
.
Yang diterima tekak hanya air manis & benda- benda manis.Yang masa tak hamil tak suka tika ni lah jadi ketagih..garu kepala.
.
Debar jugalah kan bila baca efek gdm tuk baby & ibu.
.
Orang terdekat pun takde pengalaman buntu gak cari info. Mujurlah ade pak cik google & kelab ibu hamil.
.
Walaupun Kadang info tak tepat sikit Sekurang- kurangnya ada gambaran kasar kan.
.
Bulan ni Kak Eyda dah masuk bulan trimester akhir, tujuh bulan,Alhamdulillah.
.
.
Detect gdm pada bulan ke empat.Sedap jea makan lepas alahan & terkena lak musim raya , naik berat mendadak terus perlu minum air gula.
.
Bila dah kena gdm ni banyak lah kijaan sikit. Kalau orang lain chekup sekali sebulan dan kerap pada akhir trimester 3.
.
Ibu gdm ni 2 minggu sekali,kena buat bsp untuk tengok  cara pemakanan ibu, esoknya jumpa doktor.
.
Kalau result ok dua minggu sekali, kalau tak ok bergantung pada doktor lah.Scan pun  setiap bulan.
.
Kalau klinik kesihatan sini  jika doktor tak puas hati dengan result bsp,seminggu sekali lah jawabnya, leceh.
.
Bila detect gdm, kita akan dirujuk kepada doktor pakar keluarga dan juga pakar pemakanan.
Pakar pemakanan cuma bagi nasihat dan nasihat apa- apa patut.Pakar pemakanan lak nasihat tentang pemakanan.

*******

Bsp ni diambil darah 4 kali dalam satu hari.
.
Masa berbeza untuk setiap klinik.
.
Kalau klinik desa sini pukul 8pagi, 10pagi, 2 petang dan juga 8 malam.Tiga masa pertama  ambil darah dekat klinik.
.
Untuk 8 malam ambil dekat farmasi luar, sebabnya takde kuarters nurse sini.So, takdelah orang yang boleh in charge ambil darah waktu malam.
.
Untuk ambil darah pukul  8 pagi  perlu puasa  bermula 10 malam sebelumnya & result haruslah kurang dari 5.2 mmol/l ketika kita berpuasa.
.
Lepas tue boleh lah makan, sekadar hilangkan lapar untuk chek lagi sekali pukul 10pagi.
.
Result untuk yang seterusnya selepas makan pula jangan lebih 6.7 mmol/l.
.
Kak Eyda nasihatkan ambil roti jea sekeping dua,kalau roti wholemale lagi baik ataupun  telur saja.
.
Banyakkan  air masak sebelum ambil darah sekali lagi pukul 10pagi. Sejam sebelum perlu berhenti dah makan yer.
.
Untuk chek darah pukul 2 kalau kak eyda masih amalkan cara yang sama, mungkin kuantiti jea yang bertambah sikit sekadar nak alas perut.
.
Dua jam sebelum dah perlu berhenti makan, maksudnya pukul 12 tengah hari dah berhenti makan.
.
Setelah ambil darah pukul 2 barulah makan nasi, tapi janganlah lak melampau, Cara makan seperti  yang diberitahu pakar pemakanan.
.
Pukul 6 petang dah kena berhenti makan yea.
.
Kadang sebelum pukul 6 petang  akak adalah makan roti sikit tuk bertahan sebelum ambil darah pukul 8 malam.
.
Kadang lepas bsp kak eyda makan juga makanan berat tapi berpada- padalah.Sian baby lapar.

******

Result bsp sebelum makan dan selepas makan juga berbeza setiap klinik.
.
Ada klinik sebelum makan jangan lebih 5.2 mmol/l, ada juga yang tak leh lebih 4.0 mmol/l
.
Begitu juga result selepas makan ada tempat nak bawah 6.0 mmol/l, ada yang boleh terima asalkan jangan lebih 6.7 mmol/l


Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com