Pages

21 November 2017

Rangsang Anak bercakap: Aqil dah boleh bercakap

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya hilang kerisauan akak bila Aqil dah mula bercakap.Jadi kuranglah sikit tantrum dia sebab orang dah mulai faham apa yang dia nak.
.
Silap akak juga sebelum ni tak banyak cakap dengan dia.Yea lah bila cakap dia tak bagi respon,akak ingatkan bahasa akak guna tinggi sangat.Jadi akak gunakan bahasa mudah- mudah jea bila cakap dengan dia.
.
Rupenye salah cara tue,patutnya kita cakap jea, lama kelamaan anak akan ada respon. 
.
Dia sedang simpan info / perkataan dalam memori dia dan akan keluarkan bila masa sesuai.
.
Raya lepas akak tengok kawan- kawan sebaya dia dah boleh respon bila kita tanya. Jadi akak tertanya- tanya lah, aish nape lah anak akak takleh lagi.
.
Teruhlah akak dan abi die ambil tindakan. Risau juga anak kita ketinggalan kan.
.
Sambil usaha bercakap dengan dia sambil- sambil tue doa.
.
Antara yang akak buat, akak bacakan buku kat dia. Bukan baca betul- betul pun, tunjuk gambar jea sambil sebut gambar tue tentang ape.
.
Akak libatkan dia dengan aktiviti - aktiviti akak buat.Sambil- sambil buat kerja, sambil borak dengan dia. Kadang kerja mudah- mudah bagi jer dia buat, memang comotlah.Tutup mata jea lah.
.
Akak perhatikan anak laki ni memang kita kena bagi dia buat kerja.Boleh nampak dia seronok bila boleh tolong.Banyakkan juga pujian dan pelukan sebagai galakan,lagilah dia suka buat.
.
Tapi, kalau nampak dia dah bosan biarkan jea dia buat ikot cara dia, asalkan tak merbahaya sudah.
.
Akak ajarkan juga benda asas macam anggota badan sambil nyanyi- nyanyi.
.
Kalau dia main pape akak sebut nama alatan tue.
.
Kalau kat luaw rumah akak bagitau nama setiap benda & lain- lain.Syukurnya dia nak ikot bila akak sebut. Kadang comel juga ngan pelat dia.hikshik.
.
Alhamdulillah banyak sangat peningkatan. Kini dalam ajarkan dia sambung ayat menggunakan kata nama digabungkan dengan kata sifat atau kata kerja. 
.
Misalnya,makan nasi ( Kata kerja+ Kata nama), bola besar( Kata Nama + Kata Sifat).
.
Harapnya sebelum dia masuk 3 tahun dia dah makin laju cakap.
.
Hajatnye nak masukkan ke pasti dari umur 4 tahun lagi.Semoga dipermudahkan. Daripada  dia duk depan tv, baik dia belajar sikit- sikit.
.
Sebab utama nak hantar awal,nak suh dia belajar berkawan jer, kawasan  rumah takde yang sebaya dia.Kalau dia dapat tangkap cikgu ajar tue bonus.
.
Kalau dah boleh cakap senanglah akak nak latih  dia buang pamper.Nak latih sekarang tak larat lagi nak bersihkan lantai andai dia terkencing ke, atau terberak ke.
.
Masuk tri 3 hamil ni duk rungsingkan bakal adik dia.Tak dan nak fikirkan benda lain.
.
Ok bye nite 

Aishh dah nak jadi abng pun manja kededek lagi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com