Pages

18 November 2017

Seafood Celup Tepung Kelantan :Kedai Acu Tera Pantai Sabak

Alhamdulillah sempat juga gi makan seafood celup tepung.Ni memang kedai feberet.
.
Dulu takdelah seramai ni tapi sejak dah viral ni adoi ramai ngat.Beratur lah nak dapat tempat.
.
Kami datang sebelum asar, oklah sikit.
.
Rezeki kami bila sampai kedai ada yang baru jea selesai  makan, cepat- cepat chop lah.
.
Apa yang best sini sebab seafood dia fresh, bila kita order tika tuelah dia akan masak.
.
Masa tunggu bulihlah tahan lambat sikit tapi sebab seafood  fresh dan harga pun takdelah mahal sangat, sanggup lah
.
Sementara tunggu tue nikmati dulu air kelapa,air buah pun ada,sambil- sambil tue nikmati angin pantai.
.
Kedudukan dia tepi betul- betul pantai sabak.Lepas makan boleh ke pantai,anak-anak mesti suka.
.
Cara kira die mengikut set.Ade set sotong, udang, keropok,fishball dan macam- macam lagi.
.
Kami order set sotong, set udang, set ikan,set fishball, set kerang dan 3 gelas air coconut shake semuanya harga  Rm45.Oklah kan
.
Kedai buka dari pukul 3.00 petang hinggalah 10.00 malam.Ruang parking kereta tak banyak, kalau nak merasa datanglah awal.
.
Akak memang akan elak datang cuti sekolah.Kalau nak datang juga cuba datang malam.

Tak dan nak ambik gambar dah ngap dulu
Boleh tahan ramai bila dah viral
Berselera betul bakal abng ni,sepinggan dia jer habihkan 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen .. Salam ukhwah

Labels

OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Ibunya Aqil © . Designed by MaisarahSidi.com